"Ah, Made in Japan. Very fast"

on Saturday, May 18, 2013

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

"Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

"Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

"Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

"RM100 please…" kata pemandu teksi selamba.

"What? RM100? it's not that far from the hotel?", pelancong tu tak puas hati.

"Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast", jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya."

[Sumber]

Burung Pipit


Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya. 

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, “Abang, apa abang tutup dengan buku tu?” tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku.

Kerana malu, pemuda itu menjawab,

“Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?” Seekor burung pipit?” tanya gadis itu kebingungan. Betul, hanya seekor burung pipit,” jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.

Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat.

Seorang polis menanyainya, “Apa yang terjadi?” “Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini.

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, “Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?”

Gadis kecil itu menjawab, “Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!” 

[Sumber

Baik Sangat

Seorang suami baru balik dari 'outstation'. Bininya terkejut nampak kedua belah mata suaminya lebam. Bini dia pun bertanyalah kenapa mata tu boleh jadi lebam? 

Maka si suami pun berceritalah, masa kat 'escalator' di airport tadi ada seorang awek cun berdiri betul-betul kat depan dia. Dia terlihat skirt awek tu tersepit kat celah punggung. So dengan baik hatinya dia tolong la tarik... Awek tersebut pun bengang la, lalu pusing dan terus tumbuk dia. Debuk! Lebam mata sebelah... 

Dalam hati si suami, mungkin awek tu marah sebab dia tarik skirt awek tu, so, dia pun tolak le balik kain tu masuk balik, Debuk! Mata sebelah pula lebam kena tumbuk oleh awek tu. "Kesian kan Abang?" Kata si suami menghabiskan ceritanya. 

Debuk! Satu tumbukan tepat mengenai hidung si suami. "Ooo, awak menggatal ye?" kata si isteri. Kesian si suami... 

 Moral daripada cerita ini: "Buat baik biar bertempat". 

 [Sumber

 
© Lengan Kuat All Rights Reserved