"Ah, Made in Japan. Very fast"

on Saturday, May 18, 2013

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

"Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

"Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

"Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

"RM100 please…" kata pemandu teksi selamba.

"What? RM100? it's not that far from the hotel?", pelancong tu tak puas hati.

"Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast", jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya."

[Sumber]

Burung Pipit


Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya. 

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, “Abang, apa abang tutup dengan buku tu?” tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku.

Kerana malu, pemuda itu menjawab,

“Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?” Seekor burung pipit?” tanya gadis itu kebingungan. Betul, hanya seekor burung pipit,” jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.

Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat.

Seorang polis menanyainya, “Apa yang terjadi?” “Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini.

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, “Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?”

Gadis kecil itu menjawab, “Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!” 

[Sumber

Baik Sangat

Seorang suami baru balik dari 'outstation'. Bininya terkejut nampak kedua belah mata suaminya lebam. Bini dia pun bertanyalah kenapa mata tu boleh jadi lebam? 

Maka si suami pun berceritalah, masa kat 'escalator' di airport tadi ada seorang awek cun berdiri betul-betul kat depan dia. Dia terlihat skirt awek tu tersepit kat celah punggung. So dengan baik hatinya dia tolong la tarik... Awek tersebut pun bengang la, lalu pusing dan terus tumbuk dia. Debuk! Lebam mata sebelah... 

Dalam hati si suami, mungkin awek tu marah sebab dia tarik skirt awek tu, so, dia pun tolak le balik kain tu masuk balik, Debuk! Mata sebelah pula lebam kena tumbuk oleh awek tu. "Kesian kan Abang?" Kata si suami menghabiskan ceritanya. 

Debuk! Satu tumbukan tepat mengenai hidung si suami. "Ooo, awak menggatal ye?" kata si isteri. Kesian si suami... 

 Moral daripada cerita ini: "Buat baik biar bertempat". 

 [Sumber

Gambar : Aksi 'Kiyomi' dari SooYoung

on Sunday, April 7, 2013



Video : Suara Merdu Seorang Budak Jerteh Besut

on Sunday, March 17, 2013

SubhanAllah Suara Merdu Seorang Budak Jerteh Besut... :)



Apa Yang Anda Tak Tahu Tentang Seorang Ayah

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Pintu-pintu syaitan masuk ke dalam hati

Nasihat Imam Ghazali rahimahullah.

Pintu-pintu syaitan masuk ke dalam hati:

1. Pintu marah dan syahwat.
2. Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.
3. Kekenyangan makanan.
4. Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.
5. Keinginan mengampu.
6. Gopoh dan tidak menyelidiki terlebih dahulu.
7. Harta dan wang ringgit.
8. Lokek dan takutkan kemiskinan.
9. Keterlaluan fanatik dan taksub kepada mazhab serta berdendam dan menghina.
10. Perbuatan terlalu memikirkan tentang zat dan sifat2 Allah dan perkara2 tanpa ilmu pengetahuan dan di luar akal fikiran.
11. Sangkaan buruk sesama kaum muslimin

Jangan Dipukul Anak Kecil Yang Sedang Menangis

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. : '' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.

Sumber

Jangan Bangga...

on Monday, March 4, 2013


1. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT 

2. Jangan bangga dgn rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR 

3. Jangan bangga dgn baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN 

4. Jangan bangga dgn kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA 

5. Jangan bangga dgn Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS. 


Percakapan Imam Al-Ghazali Dengan Muridnya

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = “Orang tua“
Murid 2 = “Guru“
Murid 3 = “Teman“
Murid 4 = “Kaum kerabat“
Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati” ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = “Negeri Cina“
Murid 2 = “Bulan“
Murid 3 = “Matahari“
Murid 4 = “Bintang-bintang“
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama“.

Iman Ghazali = “Apa yang paling besar di dunia ini ?“
Murid 1 = “Gunung“
Murid 2 = “Matahari“
Murid 3 = “Bumi“
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU
(Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali= “Apa yang paling berat didunia?“
Murid 1 = “Baja“
Murid 2 = “Besi“
Murid 3 = “Gajah“
Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = “Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = “Kapas“
Murid 2 = “Angin“
Murid 3 = “Debu“
Murid 4 = “Daun-daun“
Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang “
Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “.

Semoga kita bisa mengambil manfa'at dan hikmahnya. Amin..

SHARE jika post ini berguna untuk semua

Lelaki Sengau dan Pemandu Bas

Seorang lelaki sengau naik bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut... 

“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?). 

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas. 

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu... “kenapa awak diam tadi? kesian dia…” 

 Pemandu itu pun menjawab... 

“Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!…..” (macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!) … 

Korang Nak Tahu Apa Jantina Laptop/PC Korang?

on Saturday, January 19, 2013



Meh check rahsia jantina laptop/pc korang..

  1. buka"notepad", 
  2. tulis ---> CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU" 
  3. save as i love you.vbs 
  4. pastu tutup file tu dan double click file tu.... 


Korang akan terdengar bunyi "i love you"....
Tentukan jantina komputer anda melalui bunyi...
Selamat mencuba....

Koleksi Soalan Lawak Ustaz Azhar Idrus


KOLEKSI SOALAN LAWAK USTAZ AZHAR IDRUS (UAI)

Soalan : Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?
Ustaz : Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.

Soalan : Selepas dengar ceramah ustaz malam ini apa patut dibuat?
Ustaz : Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.

Soalan : Ular dan kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?
Ustaz : Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.

Soalan : Apa hukum besarkan payudara?
Ustaz : Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tapi dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..

Soalan : Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ustaz : Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.

Soalan : Apa hukum asyik teringat kekasih lama?
Ustaz : Ini soal hati, x berdosa, sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat-ingat..

Soalan : Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ustaz...
Ustaz : Nak kentut pun mintak tolong aku... kentut kena tahan sendirilah.

Soalan : Betul ke ustaz kata pakai tudung tu tak wajib?
Ustaz : Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan tak nampak... tapi tebuk sikit lubang untuk mata...

Soalan : Di mana ustaz beli kopiah?
Ustaz : Mentang-mentang boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik tak tanya kat mana aku beli underware..

[Sumber dari Facebook]

Gambar : Lawak Nama Jepun


p/s : Cuma suka-suka jer... Jangan la serius sangat...hoho..

PANTUN MAKSIAT


PANTUN MAKSIAT

Yang perempuan pakai mini sekerat,
Suka pakai baju ketat,
Suka pulak menunjukkan pusat,
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat,

Pakai pulak yang sendat-sendat,
Kadang-kadang sampai nampak yang tersirat,
Tak kire bujur, tak kira bulat,
Bila dah macam tu sape lihat pasti tercegat,

Bila dah tercegat, silap gaya jadi gawat,
Bila dah jadi gawat, bohsia bohjan lagi dahsyat,
Duduk jauh berkirim surat,
Bila berjumpa tangan berjabat,

Kemudian, pakat lawan peluk erat-erat,
Mase tu, mafas naik tersekat-sekat,
Usah dipedulilah agama dan adat,
Usah ditakuti ALLAH dan Malaikat,

Yang penting ape yang kita nak buat, kita buat,
Akhirnya, bila dah buat perut kempis jadi bulat,
Bila perut kempis dah jadi bulat,
Maka tunggulah lahirnya anak-anak yang tak cukup sifat,

Maka jam tu kita tengok bayi dibuang merata tempat,
Maknanya ketika itu, iblis mula melompat,
Bila iblis mula melompat,
dia (iblis) kata apa? “ habis manusia dah masuk jerat,

“habis manusia telah tersesat”
Inilah dia fenomena masyarakat,
Oleh itu wahai saudara saudari dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa kita mungkin menghadapi HARI KIAMAT,
Sampailah masa kita semua akan berangkat,
Berangkat menuju ke negara Akhirat,

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat,
Masa itu, sendiri mau ingat,
Umurmu banyak mana mu buat ibadat??
Zaman muda mu apa telah mu buat??

Harta benda anta dari mana anta dapat??
Ilmu anda adakah anda manafaat??
Semoga ia dapat mengingatkan kita meninggalkan maksiat,
Dan memperbanyakkan ibadat,

Dan banyak bertaubat,
Habis pantun Maksiat….


Test post.

Test template blog baru... kata SEO enabled punya....
 
© Lengan Kuat All Rights Reserved